TERPAHAT KERINDUAN

18 Februari 2019 : Persiapan kami untuk mengemas barang diteruskan dengan barang kelengkapan peribadi untuk check-out dari Wisma Nusu Cendana bagi diteruskan dengan ke Universitas Islam Negeri Ar-Raniry bagi program yang seterusnya. Sebelum itu, kami ke UUI bagi program akhir kami disana iaitu BISWI (Bicara Santai Siswi) yang dijalankan di studio rakaman UUI. Panel-panel yang dijemput dalam program tersebut terdiri dari mahasiswi Malaysia & Indonesia. Tajuk yang dikupaskan agak menarik berkaitan dengan peranan wanita dalam gerakan Islam. Saya tertarik dengan jawapan yang dibahaskan oleh setiap panel akan keperluan wanita dalam gerakan Islam.

Kami diteruskan dengan perjalanan ke UIN Ar-Raniry bagi mengikuti program kami yang seterusnya. Saya rasa terharu sangat dengan layanan dan sambutan tetamu yang diberikan oleh pimpianan kepada kami. Kehadiran kami ke sana seperti dibentang karpet merah vvip yang khas. Amat berbeza dengan layanan yang diberikan oleh Malaysia-Indonesia. Pesanan yang terpahat dalam hati saya yang disampaikan ialah "dimana kita asal, disitu kita akan pulang".





Tulisan,
Bro Amir

Comments

Popular posts from this blog

Syair Perahu - Hamzah Fansuri ( Rangkap 1 - 5 )

MAKAM SYIAH KUALA

MERIAM LADA SECUPAK