KITA ADALAH RUMPUN
18
Februari 2019 – Alhamdulillah hari ini kami telah melaksanakan Bicara Santai
Siswi (BISWI) yang berlangsung di UB ONTV (Universitas Ubudiyah Indonesia) Alhamdulillah
perkara paling terkesan adalah apabila seorang panel dari kak mira mrupakan
Mahasiswi UUI mengatakan bahawa wanita itu adalah cerminan bagi sesebuah
negara, jika baik wanita itu maka baik lah negara itu, kerana wanita bukan
sekadar biasa-biasa, mereka sangat luar biasa dengan menjadi guru pertama buat
anak-anak mereka dan pastinya tulang belakang bagi seorang suami atau laki-laki
itu adalah wanita iu sendiri. Dan kerana itulah, sebagai seorang wanita, jangan
hanya sekadar belajar biasa-biasa. Jadilah ibu, pelajar, anak, isteri yang luar
biasa buat ummat !
Di Universitas
Islam Negeri Ar-Raniry (UIN Ar-Raniry) kami bertemu sama Pak Tengku yang
merupakan Pegawai di Pejabat Rektor. Saya begitu teruja mendengar kisah sejarah
yang mana pada akhirnya membawa solusi bahawa kita adalah bersaudara. Jadi,
selama ini kita merasakan kita adalah melayu hanya berdasarkan kepada system “Perlembagaan”
yang dilaksanakan oleh kepala negara. Justeru, kita tidak memaknai dan tidak
mengambil tahu tentang Melayu itu sendiri, sungguh!saya sendiri begitu terkesan
dengan perkongsian tadi dan pastinya saya ingin meneroka lagi dan lagi
berkenaan misteri alam melayu di Nusantara!
Catatan ,
Leftenan Aqilah :)
Comments
Post a Comment