DAHULUKAN SOLAT :)
16
Februari 2019 – Pada hari ini kami telah di bawa keluar ke pasar Aceh. Saya
melihat kesungguhan mereka dalam menjual barang dengan pelbagai cara bagi
menarik perhatian pelanggan serta memberi harga promosi agar
pelanggan-pelanggan mahu membeli barang yang dijual olehnya. Kedai-kedai di
Aceh juga mengamalkan konsep bila tiba masuknya waktu azan solat, mereka akan
terus menutupi kedai mereka seketika untuk menunaikan solat dahulu kemudian baru
membuka semula selepas sudah selesai menunaikan solat. Konsep ini sama seperti
yang diamalkan oleh negara Mekah dan Madinah. Tujuan ini adalah untuk memberi
ruang umat Islam untuk mendahulukan solat kerana solat adalah kewajipan yang
penting untuk kita laksanakan.
Banyak
sangat input-input yang mereka kongsikan kepada kami agar ia dapat menjadi sebagai pengajaran ataupun perkara
yang perlu diamalkan sebagai seorang mahasiswa itu sendiri . Oleh demikian,
untuk menjadi seorang mahasiswa yang bitara hendaklah mempersiapkan diri mulai
sekarang !
Athirah
Ibrahim
( HARI 5 )
Comments
Post a Comment