HIKMAH SYUKUR
17
Februari 2019 – Pada hari ini kami menjalankan misi ke Panti Asuhan Nurul Huda.
Saya, jujurnya tidak melakukan persiapan mental dan fizikal yang kukuh. Paling saya
merasakan kekurangan adalah apabila, saya merasakan bahawa seolah-olah kami
tidak menyumbang apa-apa pada mereka. Kekecewaan ini berlaku sama seperti di
Panti Asuhan Muhammadiyah. Saya merasa begitu kecewa dan sedih, masing-masing
tidak merasakan ini adalah program penting yang kita perlu teliti betul-betul
sebelum bergerak ke sana. Masing-masing relax dan pentingkan diri dan
meletakkan harapan pada saya sepenuhnya dengan merasakan akan adanya keajaiban
berlaku pada hari kejadian, sungguh! Ini bukan sikap gerakan Islam yang Sepatutnya.
Saya teringat satu kata-kata perjuangan, “Kebaikan yang tidak terancang mampu
dikalahkan oleh kejahatan yang terancang”.
Namun, Alhamdulillah,
setibanya di sana kami disambut oleh Paman iaitu mudir Panti Asuhan tersebut. Pesanan
dia kepada kami, untuk menguji keimanan kita, pergilah merantau ke
negara-negara maju dari situlah kita dapat menilai setebal mana iman kita
apabila diuji oleh Allah ketika dilekakan oleh syurga dunia. Dan pengalaman
hidup paman ini ketika tsunami membuatkan beliau merasakan bahawa pentingnya
untuk bersyukur dalam setiap perkara yang dilakukan. Dan merasakan cukup
seperti sikap ahli tasawuf.
Catatan ,
Leftenan Aqilah :)
Catatan ,
Leftenan Aqilah :)
Comments
Post a Comment